|
|
MAIDSTONE
– Kuasa Allah. Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia
sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati
sihat seperti bayi normal yang lain.
Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari
denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya
berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.
Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman
apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam
tubuhnya.
Setelah
puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali
gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.
Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan
perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat
memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.
“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan
saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.
“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan
tersenyum kepada saya.
“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan
pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.
Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya
berada dalam keadaan baik.
Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana
penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di
dalam rahim ibunya.
Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah
pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar
Maidstone.
Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan
bagi mengeluarkan Oliver.
Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver
tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor
memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.
Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu
rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.
Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver
sebagai makanan sewaktu proses tersebut.
Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh
doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya
berada dalam keadaan stabil.
Mynewshub.my

0 comments:
Post a Comment